Teknik: Angkat Lebih Berat Serta Merta!

teknik-deadlift

Kita dah tahu bahawa teknik untuk jadi lebih kuat dan menambah jisim otot perlukan masa. Hal ini adalah demikian kerana otot perlu beradapatasi, selain daripada faktor-faktor lain yang mempengaruhi kekuatan dan proses hypertrophy.

Anda boleh baca artikel kami yang sebelum ini untuk mengetahui tentang kaitan antara saiz otot dan kekuatan. Anda akan sedar bahawa anda perlukan kedua-duanya bila dah baca artikel tersebut!

Tapi, seperti yang kami beritahu di awal artikel ini, proses ini perlukan masa. Dan faktor masa inilah yang dah menyebabkan ramai orang yang mulanya berkobar-kobar nak bina otot atau jad lebih kuat, tersungkur separuh jalan. Sebab tak sabar dan tak mampu untuk konsisten.

Tapi tahukah anda, ada cara untuk anda mengangkat beban yang lebih berat, serta merta?

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan Otot.

Anda boleh baca di sini tentang penerangan lanjut mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan otot.

Secara ringkasnya, ada tiga faktor utama yang menyumbang;

1. Saiz otot – lebih besar = lebih potensi untuk kuat.
2. Sistem saraf yang lebih baik. Perlukan latihan dengan beban berat.
3. Teknik yang lebih baik. Penghasilan daya yang sama, tapi lebih pergerakan yang lebih efisien.

Fokus artikel ini ialah faktor #3 Teknik yang lebih baik.

Ada Apa Dengan Teknik Yang Lebih Baik?

Teknik yang lebih baik angkat memaksimumkan ‘force transfer’ dan meminimumkan ‘power leakage’. Dengan erti kata lain, daya yang dihasilkan oleh otot akan digunakan dengan lebih baik, serta ‘pembaziran’ daya yang minimum.

Jadi walaupun tiada pertambahan sebenar dari segi penghasilan daya oleh otot (kekal sama, tidak berubah), tetapi disebabkan penggunaan daya yang lebih efisien, lebih beban dapat digerakkan.

teknik squat seimbang

Sebagai contoh, squat yang ‘off balance’ ke bahagian hadapan menyebabkan banyak beban terpaksa ditanggung oleh otot di bahagian lower back, dan daya yang dihasilkan oleh otot quadriceps terpaksa ‘dipindahkan’ menuju ke belakang (sepatutnya ke atas). Akibat daripada itu, sendi pinggul akan berada jauh dari beban, maka ‘moment arm’ yang lebih panjang terhasil.

Penjelasannya pun dah cukup rumit dan berjela.

Dengan teknik yang lebih baik, moment arm di sendi pinggul akan pendek, daya dari quadriceps akan digunakan dengan baik, dan tiada pembaziran daya akibat pergerakan redundant di bahagian torso.

Kalau anda ubah dari teknik yang tak efisien kepada teknik yang lebih efisien, mestilah boleh angkat bebanan yang lebih kan?

Serta Merta Boleh Angkat Lebih Berat? Ya ke?

YA! Serta merta. Sekiranya anda benar-benar dah improve teknik, kesannya serta merta.

Untuk Faktor #1 Saiz Otot, anda perlu beri masa untuk otot anda beradaptasi terhadap training. Dan training anda pun perlu betul juga lah. Jadi, ianya bukan serta merta.

Untuk Faktor #2 Sistem Saraf Yang Lebih Baik, juga memerlukan proses adaptasi yang semestinya bukan serta merta. Anda training, anda recover, dan barulah anda boleh nampak hasil.

Tapi untuk Faktor #3 Teknik Yang Lebih Baik, anda guna teknik yang lebih baik, terus anda dapat lihat kesan.

Kesimpulan

Kalau anda nak lihat kesan serta merta (boleh angkat beban yang lebih berat), maka anda perlu belajar teknik yang baik. Bukan sahaja anda dapat memaksimumkan bebanan yang boleh diangkat, malah anda juga akan mengurangkan risiko kecederaan secara signifikan.

Penggunaan beban yang lebih berat akan meningkatkan potensi hypertrophy anda juga ya!

Nak belajar teknik yang lebih baik?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *