Kerunsingan Diet di Media Sosial

diet media sosial

Kalau anda lihat sekitar di media sosial, post-post yang dibuat oleh kalangan ‘influencer’ dalam niche fitness, diet, weight loss dan yang seangkatan dengannya boleh dikategorikan kepada dua spektrum:

1. Makan apa sahaja sepanjang masa sambil mengekalkan berat badan dan fizikal yang menarik. Aiskrim, pizza, alkohol dalam kuantiti banyak. Digambarkan seolah-olah anda boleh makan apa sahaja asalkan kekal dalam kuantiti makronutrien yang telah dirancang awal. Mungkin ada hashtag #iifym.

2. Makanan yang sentiasa dirancang dan disediakan sendiri untuk sepanjang minggu. Bekas-bekas makanan yang seragam terisi dengan brokoli, lobak, brown rice dan sebeban ayam bakar. Digambarkan anda mesti sentiasa merancang makanan anda setiap saat dan minit tanpa gagal. Mungkin ada hashtag #mealprep.

Baca: Gula Tak Bersalah.

Tahukan anda, kedua-duanya tidak tepat?

Post-post di media sosial ni perlu difahami yang semuanya adalah sisi indah orang yang buat post. Sesuatu post di Instagram yang dijudulkan hanya dengan sebiji emoticon mungkin mengambil masa seharian untuk disempurnakan.

Mimik muka sempurna, gigi putih bersih tanpa sisa cili, mekap yang terbaik, lirikan mata dan senyuman yang telah di’rehearse’ ratusan kali di depan cermin, sudut abs yang paling tampak definisinya, pencahayaan sempurna yang mungkin menelan belanja sebulan gaji dan sebagainya.

Adakah anda rasa semua itu refleksi kepada gaya hidup sebenar? Sama sekali tak!

Baca: Kenapa Susah Turun Berat

Di belakang tabir akaun-akaun media sosial, influencer yang post berkisar tentang boleh makan apa sahaja dengan hashtag #iifym itu mungkin sebenarnya buat meal prep yang terbaik hampir sepanjang masa. Dan yang postnya berkisar tentang meal prep dengan hashtag #mealprep tu pula mungkin menikmati makanan sedap-sedap penuh mentega di hujung minggu mereka bersama kawan-kawan dan keluarga.

‘Keseimbangan’, konsep yang hilang.

Masalah dengan media sosial ini ialah ianya sentiasa menunjukkan ‘facade’ yang indah dan sempurna. Dan gambaran tersebut tidak baik untuk seseorang yang baru mula menjaga makan dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Baca: Prinsip Program Latihan yang Efektif

Anda tak perlu jadi terlalu rigid dalam berdiet (seperti digambarkan oleh influencer yang sentiasa post gambar ‘meal prep’), dan tak keterlaluan untuk katakan yang sebenarnya anda tak perlu mengira kalori pun! Tapi dalam masa yang sama, anda juga tak bolehlah terlalu ‘longgar’ dalam berdiet (seperti yang digambarkan oleh influencer yang sentiasa post gambar makan aiskrim sambil guna hashtag #iifym), sehingga semua yang dimakan terdiri daripada makanan segera dan tak berkhasiat.

Kalau dalam kebanyakan masa, anda makan makanan yang lengkap nutrisinya (makanan seimbang) dan kekal berada dalam had kalori anda, sebenarnya ianya cukup baik. Sekali sekala rasa teringin nak makan Snickers atau minum Coke, tak ada masalah pun! Frasa kuncinya ialah ‘kebanyakan masa anda makan makanan seimbang’.

Tak perlu kira kalori pula? Dulu cakap kena kira kalori!

Betul! anda perlu belajar kira kalori. Mungkin kena timbang makanan yang dimakan di awal-awal mula berdiet!

Tapi ianya bukan untuk jangkamasa panjang. Kami sentiasa cadangkan kepada pelanggan-pelanggan kami untuk kira kalori dan timbang makanan semata-mata untuk belajar tentang kuantiti makanan yang dimakan. Biasanya selepas 2-3 minggu, dah tak perlu timbang makanan pun sebab dah tahu buat anggaran.

Baca: Beginner Yang Macam Pro!

Anda perlu kenal 300g nasi putih rupanya bagaimana, 200g ayam goreng berapa banyak, sesudu gula kelihatan bagaimana, sebiji pizza besar berapa kalorinya, minuman bergas berapa kandungan gulanya, 25 gram protein dari ikan bakar nampak macam mana, dan sebagainya!

Ikut pengalaman kami, 2-3 minggu dah cukup untuk rasa selesa dengan buat anggaran kalori. Tapi kena cukup dedikasi dalam 2-3 minggu tersebut. Apa anda ingat turunkan berat atau tambah berat boleh makan apa sahaja dalam jumlah apa sahaja? Ia takkan berlaku begitu.

Minum sejenis supplement beli online, kemudian terus hilang 10kg dalam seminggu? Anda sangat naif kalau percaya begitu.

Jangan terpedaya.

Kalaulah turunkan berat 10kg dalam seminggu itu mudah. Kalaulah boleh jadi ‘ripped’ dalam masa 2 minggu. Kalaulah boleh deadlift 250kg dalam masa 2 bulan. Kalaulah realiti seperti yang nampak di media sosial…

maka tak adalah masalah obesiti di Malaysia jadi seperti sekarang, semua orang pun akan ‘ripped’, dan deadlift 250kg pun jadi macam pemandangan biasa.

Memang bukan mudah, tapi ianya bukanlah juga sangat susah. Nama pun keseimbangan!

Jom ke VI FITNESS! Kami akan pastikan anda tak terpedaya di sini!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *