Kekuatan Ialah Terma Subjektif
‘Kekuatan’ boleh didefinisikan dengan pelbagai cara, bergantung kepada konteks.Dalam sukan powerlifting, atlet perlu melakukan tiga jenis disiplin, yang akan menguji ‘kekuatan’ atlet tersebut dengan cara berbeza.
Dalam sukan strongman pula, atlet akan diuji dengan beberapa events berbeza. Di peringkat antarabangsa, memang ada atlet-atlet yang sangat dominan dalam sukan strongman, tapi placing untuk setiap event biasanya berbeza-beza.
Jadi apa definisi kekuatan sebenarnya?
Dari perspektif saintifik, ‘kekuatan’ ialah ukuran penghasilan daya (a measure of force production).
Sekiranya anda ‘kuat’, ianya bermakna anda boleh menghasilkan daya yang lebih. Sekiranya anda ‘makin kuat’, ianya bermaksud anda boleh menghasilkan daya yang lebih berbanding sebelum ini.
Ada pelbagai faktor yang mempengaruhi ‘kekuatan’. Jom kita fokus kepada faktor-faktor yang relevan untuk topik ni;
1. Saiz otot.
Sekiranya faktor-faktor lain adalah malar, daya yang dihasilkan oleh otot adalah berkait dengan luas cross-sectional otot berbanding volume otot. Contohnya, sekiranya ada dua atlit yang mempunyai peratusan lemak yang sama dan ketinggian badan yang berlainan TAPI mempunyai ukur lilit biceps yang sama, maka luas cross-sectional otot kedua-duanya adalah lebih kurang sama. Walaupun atlit yang lebih tinggi (dan lebih berat), mempunyai volume otot yang lebih besar (kerana otot yang lebih panjang), kekuatan kedua-dua atlit adalah lebih kurang sama.
2. Sistem saraf yang efisien.
Daya otot akan menjadi lebih tinggi apabila lebih banyak unit motor yang terlibat, saiz unit motor yang lebih besar, dan kelajuan sistem saraf dalam menghantar isyarat kepada otot. Training ialah proses ‘belajar’ untuk nervous system kita.
3. Teknik yang lebih baik.
Teknik yang lebih baik akan membolehkan anda menghasilkan daya yang lebih. Ianya berkait rapat dengan sistem saraf yang efisien, di mana kita boleh ‘belajar’ untuk menggunakan teknik yang lebih baik.
Justeru itu, kita boleh simpulkan otot anda semakin besar sekiranya anda semakin kuat. Jadi, kayu ukur anda untuk mengetahui otot anda semakin besar ialah kekuatan anda!
Cara mudahnya;
4. Anda boleh buat lebih reps dengan berat yang sama.
5. Anda boleh buat lebih berat dengan reps yang sama.
6. Anda boleh buat lebih set dengan berat dan reps yang sama.
7. Anda RASA berat yang sama ‘lebih ringan’.
8. Anda boleh rest lebih sekejap berbanding sebelum ini.
Dan list di atas ini boleh dikembangkan lagi dengan banyak cara. Tapi pokok pangkalnya, sekiranya anda lebih kuat, anda pasti dah tambah saiz otot.
Tolong SHARE sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat!