Perbezaan utama dalam prestasi dan metabolisme ialah dari segi komposisi badan dan saiz, bukan jantina.
Secara amnya, lelaki dan wanita sebenarnya sama dari segi metabolisme, terutamanya bila kita bincang tentang kadar metabolisme. 90% daripada penggunaan tenaga berkait dengan fat-free mass, fat-mass dan kadar aktiviti seharian. Wanita biasanya memang mempunyai kadar metabolisme yang lebih rendah, tapi ianya adalah disebabkan oleh jisim otot dan saiz badan, bukan jantina. Jisim otot dan saiz badan yang lebih besar akan menyebabkan kadar metabolisme jadi lebih tinggi.
Sekiranya seorang wanita mempunyai otot yang sama banyak dengan lelaki, kekuatan kedua-duanya sepatutnya lebih kurang sama.
Fakta perbezaan lelaki dan wanita
- Paras hormon testosterone lelaki adalah lebih tinggi daripada perempuan. Perempuan mempunyai paras hormon estrogen yang lebih tinggi.
- Disebabkan paras estrogen yang lebih tinggi, wanita mempunyai ‘metabolic health’ yang lebih baik. Estrogen lebih tinggi terbukti berkait dengan sensitiviti insulin yang lebih baik, yang mana sangat bermanfaat. Contoh mudah, seseorang yang menghidapi diabetes type-II mempunyai insulin sensitiviti yang rendah, atau insulin resistance, menyebabkan paras gula dalam darah tidak dapat dioptimumkan.
- Wanita mempunyai kecenderungan untuk mempunyai lebih lemak berbanding lelaki, namun ada perbezaan jelas tentang di mana lemak disimpan dan ciri-ciri lemak tersebut.
- Lelaki ada lebih visceral fat (lemak yang disimpan di sekeliling organ), dan wanita mempunyai kecenderungan untuk ada lebih lemak di ruang subcutaneous (di antara otot dan kulit).
- Visceral fat adalah lemak yang sangat ‘jahat’.
- Wanita lebih cenderung untuk mempunyai Type 1 muscle fibre (yang mempunyai lebih mitokondria dan enzim aerobic) berbanding lelaki.
- Wanita adalah lebih berdaya tahan terhadap fatigue. Jadi, wanita secara relatifnya mempunyai kadar toleransi terhadap volume latihan lebih tinggi berbanding lelaki.
- Lelaki mempunyai glycolytic capacity yang lebih baik. Bermaksud lelaki boleh membakar glukos dengan lebih baik ketika ketiadaan oksigen). Maka, lelaki lebih cenderung untuk ada lebih prestasi untuk short and intense burst of effort (seperti strength training).
Kesimpulan
Dalam banyak-banyak perbezaan tersebut, perbezaan paling ketara ialah dari segi perbezaan jenis muscle fibre dan hormon seks.
Secara mudahnya kita boleh kata wanita mempunyai kelebihan yang lebih besar kerana mempunyai insulin sensitiviti yang lebih baik, distribution lemak yang advantageous, dengan fatigue tolerance yang lebih baik.
Satu-satunya kelebihan lelaki adalah dari segi glycolytic capacity dan explosive performance.
Untuk wanita, kesukaran anda untuk menurunkan berat badan BUKAN DISEBABKAN OLEH ANDA WANITA. Anda mungkin perlu makan kurang kalori berbanding lelaki yang mempunyai berat badan yang sama, kerana perbezaan muscle mass, saiz badan, komposisi badan, dan activity level. Sekiranya anda ada muscle mass yang lebih, atau lebih aktif berbanding lelaki tersebut, anda boleh makan lebih kalori daripada lelaki tersebut.
Dalam training pula, sebagai wanita anda mempunyai lebih kapasiti dari segi volume training, dan respon terhadap fatigue yang kebih baik. Anda mungkin boleh buat lebih banyak reps (berdasarkan percentage 1RM anda) berbanding seorang lelaki!