Biceps Curl Tak Berkesan Untuk Tambah Otot?


Biceps curl, triceps kickback, lateral raise dan lain-lain latihan isolasi adalah tidak efisyen, terutamanya sekiranya anda tidak menggunakan performance enhancing drugs(PED) seperti steroid.

Biceps curl - VI FITNESS - The Most Credible Gym In Seremban 2

Biceps curl

Untuk seseorang yang menjalani latihan tanpa menggunakan PED, pertambahan otot adalah sangat bergantung kepada proses pertambahan otot secara sistemik (secara keseluruhan). Secara amnya, sekiranya anda membuat latihan dengan betul di mana terdapat stimulus yang sepatutnya untuk otot-otot membesar, pertambahan otot berlaku di seluruh bahagian badan, dan bukannya spesifik kepada satu bahagian badan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan latihan yang akan memberi beban kepada keseluruhan badan (latihan compound), di mana keseluruhan badan perlu berkerja untuk melakukan latihan tersebut, maka ia adalah lebih efektif untuk membesarkan otot biceps berbanding biceps curl sendiri! Jadi, latihan deadlift adalah lebih baik daripada biceps curl untuk menambahkan otot lengan. Bunyinya pelik bukan?

Saya pernah terbaca dalam satu artikel yang menyatakan untuk menambah ukur lilit lengan sebanyak 1 inci, anda perlu menambah sekurang-kurangnya 15lb (~6-7kg) otot keseluruhan badan. Pernyataan tersebut tidak disokong dengan bukti kajian, dan ianya lebih bersifat rule of thumb, namun ada kebenarannya! Kalau anda boleh buat 100005845 reps bicep curl dan kemudiannya otot biceps anda sahaja yang membesar, anda pasti dapat lihat banyak orang yang macam Popeye, yang mana lengan mereka besar dan tidak seimbang dengan bahagian badan yang lain!

Jadi, biceps curl tak payah buat?

Pastinya biceps curl dan latihan-latihan isolasi yang lain ada fungsinya. Sekiranya, anda mempunyai program latihan yang cukup baik, dan anda turut memasukkan latihan biceps yang spesifik, sudah tentu ia akan menambah saiz otot biceps anda. Tetapi, ia tidak akan dapat menggantikan latihan-latihan compound seperti deadlift, squat, bench press, dan military press. Latihan isolasi perlu bertindak sebagai latihan complementary.

Anda perlu program latihan yang sangat baik? Kami menawarkan coaching service berasaskan sumber-sumber yang benar terbukti!

Deadlift - VI FITNESS - The Most Credible Gym In Seremban 2

Deadlift at VI FITNESS Seremban 2

Kata kuncinya di sini ialah PRIORITI. Utamakan yang lebih penting, dan jangan beratkan perkara yang ringan.

Kalau anda menggunakan steroid atau PED yang lain, ceritanya dah jadi lain. Anda mengubah fisiologi (cara normal badan anda berfungsi) bila anda gunakan PED. Protein synthesis yang jauh lebih cepat dan muscle breakdown akibat cortisol juga menurun, maka ianya menyebabkan pelbagai latihan mengarut pun boleh berkesan. Saya ulangi, latihan mengarut pun boleh berkesan kalau ambil PED! Tapi anda perlu ingat, ada harga yang perlu dibayar bila anda gunakan PED. Bagi saya, ianya tidak berbaloi.

Jom deadlift!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *