1. Wajib Rancang
Kami sering sapa pelanggan kami dengan berkata, “Hai! Training apa hari ni?”. Dan jawapan yang agak kerap kami dapat ialah, “Tak tahu lagi, tengok lah mood”.
Anda perlu rancang training anda sekiranya anda benar-benar mahu dapat result yang signifikan daripada latihan anda di gym. Bukan sekadar rancangan untuk jangka masa pendek seperti buat keputusan di awal pagi nak training apa pada petang hari tersebut ya!
Anda wajib ada training plan!
Berita baiknya, anda tak perlu berbelanja besar (atau tak perlu keluar belanja pun) untuk training plan yang baik. Boleh Google dan download training plan, atau hire kami untuk buat training program anda. Anda perlu pastikan training plan anda ada prinsip-prinsip berikut:
1. Spesifik
2. Overload
3. Regulasi fatigue
4. Mengambilkira perbezaan individu
Anda boleh baca dengan lebih perincian tentang prinsip-prinsip di atas di sini.
2. Wajib Konsisten
Kalau anda ada training plan yang terbaik di dunia, tapi anda tak konsisten training, sama sahaja macam tak ada training plan.
Kebanyakan yang training seperti hangat-hangat tahi ayam ini tak akan dapat banyak manfaat dari masa di gym. Sebab untuk anda nampak hasil, ianya perlukan masa!
Sebab tu anda perlu training plan! Anda akan lebih mudah untuk konsisten bila ada plan, kerana anda akan buat apa yang anda perlu buat, bukan semata-mata ikut rasa. Ikut rasa maka apabila letih, anda terus balik rumah tanpa habiskan sesi training. Lalu training anda tak nampak kesan, maka anda kecewa, dan terus malas nak training.
3. Wajib Ada Progressive Overload
Training anda harus makin ‘susah’ dari semasa ke semasa. Anda tak akan nampak hasil kalau terus menerus guna beban yang sama untuk reps yang sama dan untuk jumlah set yang sama.
Sekali lagi, inilah kepentingan training plan!
Bila ada training plan yang baik yang semestinya ada mengaplikasikan progressive overload, anda akan beri stimulus yang cukup untuk badan anda beradaptasi. Segala hasil daripada training anda adalah kesan dari proses adaptasi ini.
4. Wajib Ambil Tahu Tentang Nutrisi
Training plan dah cantik. Execution training plan secara konsisten pun dah bagus. Tapi semuanya akan berciciran kalau anda mengabaikan nutrisi anda!
Training ini sebenarnya ialah proses anda buat ‘kecederaan terkawal’ kepada badan anda. Kecederaan terkawal ini akan dibaikpulih dan menjadikan badan anda jadi lebih berdaya tahan, kuat, laju dan sebagainya kerana badan anda beradaptasi.
Bila dah sebut ‘kecederaan’, mestilah nak recover kan? Anda wajib ada nutrisi yang baik untuk menyokong proses recovery tersebut.
Sebagai analogi, training ni macam anda beri arahan untuk masak kepada tukang masak. Jadi tukang masak perlukan bahan mentah (nutrien dari diet anda) untuk masak. Tapi kalau anda tak sediakan bahan mentah, macam mana tukang masak nak masak?
Boleh baca artikel kami di laman Facebook ini untuk rujukan awal tentang nutrisi anda. ππΌππΌππΌ
5. Wajib Buat Catatan Training
Untuk memastikan training plan anda dilaksanakan dengan baik, anda perlu ada training log atau catatan training.
Kenapa
1. Anda perlu ingat beban, reps, sets, isu tentang teknik latihan, kecederaan dan sebagainya untuk anda buat progressive overload dan pengubahsuaian.
2. Boleh ukur progress anda dengan lebih baik. Contohnya, anda akan dapat lihat bagaimana anda dah angkat beban lebih berat berbanding setahun yang lepas.
Anda boleh guna buku nota atau guna aplikasi di telefon pintar anda untuk buat catatan. Kami selalunya menyarankan pelanggan kami untuk guna aplikasi Jefit atau FitNotes.
6. Wajib Stretching dan Warm Up
Ramai juga yang kami lihat terus mula training, tanpa ada stretching dan warm ups yang baik. Jangan buat begitu, kecederaan mudah berlaku! Percayalah, anda tak mahu injured bila dah ada training plan yang cantik, ianya mengecewakan!
Kajian terkini menunjukkan dynamic stretching dan warm up sets sebelum mula training akan mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan prestasi training dengan signifikan.
Tips dari kami, anda pilih satu rutin stretching dan warm ups, dan buat secara konsisten.
Rutin stretching dan warm ups yang kami selalu cadangkan kepada pelanggan kami ialah DeFranco Agile 8. Mudah, cepat, efektif dan bersifat rutin. Boleh juga guna rutin lain atau buat rutin anda sendiri, asalkan buat secara konsisten!
7. Wajib Kemas Selepas Guna
Lepas guna peralatan, sila lah letak balik ke tempat yang sepatutnya. Kita berkongsi minat yang sama kan?
Anda akan memudahkan orang lain untuk guna. Dan orang lain pun tak menyampah dengan anda. Senang buat kawan. Bila ada kawan, lagi semangat. Boleh share knowledge. Adik dia lawa pulak tu, silap-silap boleh jumpa jodoh. Wow!
Eh, banyak manfaat kalau kemas barang selepas guna lah!
Tolong kami share artikel ini untuk bantu lebih ramai orang lagi ya!