Turun Berat Secara Drastik?


Pernah tengok ada orang post pasal turun berat berbelas kilo dalam masa 2 minggu?

Ianya memang boleh dicapai. Tapi apa sebenarnya yang berlaku dalam proses turun berat tersebut?

Manipulasi air dalam badan.

Badan kita ada lebih kurang 60% air. Garam, terutamanya sodium akan menyebabkan badan kita ‘simpan’ air. Lebih banyak garam, lebih banyak air disimpan dalam badan.

turun berat air
Klik untuk besarkan.

Kalau kita kurangkan garam dalam pemakanan, buah pinggang akan ‘berusaha’ untuk buang air dari dalam badan. Dan kesannya anda akan hilang berat badan. Jumlah yang hilang ni sangat signifikan ya! Kalau tak percaya cubalah buang air kecil dalam botol, dan timbang beratnya. Sekali buang air kecil dah boleh hilang sehingga 0.5kg.


BACA: Segalanya yang anda perlu tahu tentang diet.


Sukan melibatkan weight class

Strategi manipulasi air dalam badan ini memang biasa di kalangan atlet dalam sukan yang melibatkan weight class seperti powerlifting, boxing dan Olympic weightlifting. Kalau kekalkan berat sebenar dan manipulasi air, atlet boleh dapat kelebihan untuk bertanding dalam weight class lebih rendah tanpa menjejaskan prestasi.

Perkara yang akan dilakukan untuk manipulasi air lebih ekstrem, termasuklah gunakan sauna, meludah ar liur, dan berbasikal sambil pakai baju tebal. Malah ada yang cuba menipu dengan gunakan ubat diuretik, untuk paksa hilang air.

Berapa banyak berat yang boleh hilang guna strategi ekstrem ini? Berbelas kilogram berat boleh hilang dalam masa 2-3 hari!

Hasilnya seorang atlet dengan berat 80kg boleh bertanding dalam kategori berat 70kg.

Adakah ianya strategi yang sihat?

SEMESTINYA TAK!

Ianya cuma strategi jangka masa pendek. Risiko dehidrasi yang tinggi. Paras hormon kacau bilau. Fungsi sistem badan terganggu. Ianya cuma untuk pertandingan, tak sesuai dilakukan untuk jangka masa panjang.


BACA: Protein menurut kajian terkini.


Apa yang jadi pada orang yang hilang berbelas kilo berat dalam masa 2 minggu tu?

Kalau dah makan 700-800 kalori sehari, dah tentu pengambilan garam pun sikit. Maka, hilanglah air dalam badan dengan banyaknya.

Penurunan lemak adalah minima, dan kehilangan otot akibat gluconeogenesis jadi tinggi. Kita nak hilang lemak dan simpan otot kan? Bukan sekadar turunkan berat!

Kadar turun berat yang baik

Target untuk hilang 0.5 – 0.85% seminggu. Lebih kurang 2kg sebulan. Ianya terbukti lebih sustainable. Kebanyakan berat hilang dari turun body fat percentage, kehilangan otot yang minima dan yang penting, anda sihat!


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

One thought on “Turun Berat Secara Drastik?