Berat Beban: Penting Atau Tak?

berat beban dan kepentingannya

Bunyi macam contradicting bukan? Sebelum ini kami kata perlu buat latihan dengan beban berat. Tapi kali ini kata berat beban bukan paling penting.

Kena faham konteks dulu!

Terdapat 2 mekanisme untuk berlakunya hypertrophy pembesaran otot iaitu; 1) jumlah gentian otot diaktifkan dan 2) kelajuan gentian otot memendek (shorten, contracting).

Jumlah gentian otot diaktifkan akan jadi lebih banyak serta kelajuan gentian otot memendek akan jadi perlahan bila guna weight yang lebih berat.

BACA: High Reps dan Low Reps – Mekanisme Hypertrophy

Tapi, berat beban adalah relatif!

10kg dumbbell curls untuk sesetengah orang dah sangat berat, tapi untuk sesetengah yang lain pula sangat ringan.

Jadi, bolehlah kita katakan berat beban bukan perkara terpenting. Yang harus anda buat ialah fokus pada kemajuan anda.

Sebagai contoh, kalau minggu ni buat bench press 100kg x 3 sets x 8 reps, maka fokus kepada tambah salah satu daripada komponen tersebut dalam sesi-sesi training yang berikutnya.

Anda boleh tambah berat beban jadi 102.5kg (pertambahan 2.5kg berat beban). Atau anda boleh tambah set jadi 4 set (pertambahan 1 set berbanding sebelumnya). Atau anda boleh tambah reps jadi 9 atau 10 reps (tak kisah pun berapa reps, asalkan bertambah).

PENTING: Prinsip Asas Dalam Training

Strategi Pilih Weight Ketika Training

Tak perlu cuba ikut kawan bila training. Ada banyak faktor yang membezakan anda dan rakan anda. Boleh jadi rakan anda dah training lebih lama, atau secara genetiknya ada jisim otot yang lebih.

Guna berat yang mencabar anda, serta jangan kompromi dengan teknik exercise. Guna teknik dan standard yang sama setiap kali buat exercise tertentu. Sebagai contoh, kalau anda buat bench press, dan standard anda ialah anda akan turunkan beban sampai bar menyentuh badan, maka tak kisah ringan atau berat, gunakan teknik yang sama.

Bukan sahaja anda akan elakkan kecederaan, malah anda akan terus maju, dan kesan latihan akan jadi jauh lebih signifikan!

Jom training!


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

One thought on “Berat Beban: Penting Atau Tak?