Pakai Steroid Ni, Sebab Tu Dia Lagi Besar!

tak pakai steroid

VI Fitness Seremban 2 - The Most Credible Gym In Seremban 2

Situasinya, anda membuat keputusan untuk menjalani latihan natural bodybuilding untuk jadi natural bodybuilder tanpa pakai steroid kononnya bersama dengan seorang rakan.

Anda berdua mempunyai berat badan, ketinggian, umur dan pengalaman menjalani latihan yang sama di mana anda berdua tidak pernah berlatih sebelum ini, dan sekarang baru dapat semangat baru. Setelah berlatih dan menjaga diet selama setahun secara konsisten di VI FITNESS, anda dan rakan anda kedua-duanya dapat lihat kesan daripada latihan dan penjagaan diet. Namun, rakan anda lebih besar daripada anda. Latihan dah sama, makan makanan sama dengan jumlah sama, makan supplement yang sama, tapi mengapa ini terjadi? Dia pakai steroid ke?

Kali ini saya akan bincangkan satu kajian yang berkait rapat dengan situasi di atas. Kajian ini menunjukkan mengapa sesetengah orang ototnya membesar dengan cepat, dan sesetengah lagi susah nak membina otot.

Kajian ini mengumpulkan sebanyak 66 subjek kajian. Latihan yang digunakan adalah 3 set squats, leg press dan leg extension selama 3 hari seminggu selama 16 minggu.

Keputusan Kajian

muscle_fiber_article

Berdasarkan saiz gentian otot, subjek-subjek ini dapat diklasifikasikan kepada 3 kumpulan tanpa mengira umur dan jantina (menggunakan kaedah cluster analysis):

  1. Subjek dengan tindakbalas ekstrim: Pertambahan gentian otot sebanyak 50%.
  2. Subjek dengan tindakbalas sederhana: Pertambahan gentian otot sebanyak 26%.
  3. Subjek dengan tiada tindakbalas: Tiada pertambahan gentian otot.

Apakah satellite cells dan muscle nuclei ?

Sebelum anda memahami keputusan kajian ini, anda perlu membiasakan diri dengan beberapa terma. Saya akan cuba untuk menerangkan bahagian ini seringkas mungkin.

Berbeza dengan sel-sel lain dalam badan, sel otot adalah multinucleated, bermaksud ianya mempunyai lebih daripada satu nukleus. Memandangkan saiz sel otot adalah lebih besar dan kompleks berbanding sel-sel lain dalam badan, maka logiklah sel otot mempunyai lebih daripada satu nukleus untuk mengawal menjalankan tugas-tugas kompleks otot itu sendiri.

Analoginya, bayangkan otot anda adalah sebuah restoran, dan nukleus adalah tukang masak, maka anda dapat mencongak bahawa jumlah tukang masak yang ada adalah faktor yang mengehadkan kapasiti penyediaan makanan oleh restoran tersebut, dan seterusnya akan mengehadkan saiz restoran tersebut. Berbalik kepada otot anda, saiz otot anda (yang ditentukan oleh saiz SEL otot anda) adalah dihadkan oleh jumlah nukleus yang anda ada dalam sel otot anda!

Secara mudahnya, anda tidak boleh membesarkan otot tanpa penambahan nukleus dalam sel otot (yang akan menjadi ‘tukang masak’ untuk sel-sel otot yang tersebut).

Dari mana nak dapat nukleus untuk sel otot?

VI Fitness Seremban 2 - Muscle nuclei dan satellite cell

Gambarajah 1: Gentian otot dengan nukleus diwarnakan biru dan satellite cell diwarnakan merah.

Nukleus sel otot datang daripada sejenis sel khusus (specialized cells) yang berada di sekeliling otot yang dinamakan satellite cells. Maka, lebih banyak satellite cells, lebih potensi untuk menghasilkan nukleus-nukleus baharu.

Penjelasan untuk ‘Subjek dengan tindakbalas ektrim’

  • Subjek dengan tindakbalas ekstrim ini mempunyai lebih banyak satellite cells sejak dari mula lagi. Pengkaji yang membuat kajian ini membuat spekulasi bahawa potensi pembesaran otot anda adalah bergantung secara tidak sepenuhnya kepada jumlah satellite cells sebelum mula berlatih lagi.
  • Jumlah satellite cells bertambah sebanyak 117% dalam subjek-subjek ini.
  • Selepas latihan, subjek-subjek ini mempunyai nukleus sel otot yang secara signifikannya lebih tinggi berbanding dua lagi kumpulan subjek.

*Nota: Terdapat penemuan yang agak menarik perhatian dalam kajian ini di mana ¼ daripada subjek diklasifikasikan sebagai ‘subjek yang tidak bertindakbalas’. Pengkaji yang terlibat membuat spekulasi bahawa hal ini adalah demikian kerana kekurangan recovery period antara sesi latihan dan/atau minggu latihan yang ekstra. Kajian yang menggunakan latihan untuk 2 hari/minggu menunjukkan keputusan yang lebih baik.

Aplikasi Praktikal

Jadi, kawan anda tu guna steroid ke? Jawapannya mungkin ya dan mungkin tidak. Namun ada kaedah tertentu untuk kita membuat andaian berasas sama ada kawan anda menggunakan steroid atau tidak, tapi saya akan bincangkan kaedah tersebut dalam satu artikel Bahasa Malaysia yang lain. Buat masa ini, jom kita berfikir positif dan anggap kawan anda tidak menggunakan steroid. Berbalik kepada kajian yang kita bincangkan, kesimpulan yang kita dapat buat adalah:

  • ‘Subjek dengan tindakbalas ektrim’ ini mempunyai kelebihan daripada segi genetik. Fakta ‘sedih’ yang anda perlu tahu, sukan bina badan adalah antara sukan yang sangat bergantung kepada genetik. Ahli bina badan yang berada di tahap tertinggi seperti pemenang Mr. Olympia dan sebagainya adalah ‘genetic freak’, tak kira sama ada ambil performance enhancing drugs atau tidak. Jadi, jangan tiru program latihan mereka membuta tuli, kerana otot mereka akan membesar dengan apa jua latihan yang mengaplikasikan prinsip yang betul.
  • Setahu saya, satu-satunya cara untuk menambahkan satellite cells adalah dengan creatine supplementation. Creatine dah terbukti menambahkan satellite cells secara signifikan berbanding dengan tanpa menggunakan creatine.
  • Sekiranya anda perlu khidmat coaching, kami di VI FITNESS Seremban 2 menawarkannya dengan harga serendah RM108!

Sumber


Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

One thought on “Pakai Steroid Ni, Sebab Tu Dia Lagi Besar!