Pengguna Steroid Boleh Dikenalpasti

bukan pengguna steroid

Nak kenalpasti pengguna steroid?VI FITNESS - The Most Credible Gym In Seremban 2 : Natural Bodybuilding

Dalam artikel Bahasa Malaysia yang lepas, kami telah mengulas tentang bagaimana faktor genetik memainkan peranan yang sangat penting sekiranya anda berlatih untuk binabadan. Dan dalam artikel tersebut, kami ada menyatakan bahawa ada kaedah tertentu untuk kita membuat andaian berasas sama ada seseorang adalah pengguna steroid atau tidak. Jadi, dalam artikel ini, kami ingin bincangkan pula mengenai tentang kaedah tersebut.

Sebelum kita meneruskan perbincangan ini, adalah penting untuk kita faham tentang beberapa terma yang sering mengundang kekeliruan.

Steroid? GH? Insulin? Testosterone booster? GH booster?

Hormon dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar hormon sebagai ‘penghantar isyarat’ untuk mengawal fisiologi dan tingkahlaku kita. Terdapat 3 struktur kimia yang utama untuk hormon iaitu steroid, peptide, dan eicosanoid.

Bagi memudahkan kefahaman, jom kita cerita mengikut konteks artikel ini sahaja (sebab kalau nak bincang secara teliti, ianya terlalu kompleks dan panjang jadinya nanti!). Jadi, dalam konteks artikel ini;

  • Contoh hormon dengan struktur kimia steroid adalah testosterone dan variasinya.
  • Manakala contoh hormon dengan struktur kimia peptide/protein adalah growth hormone (GH) dan insulin.

Berdasarkan info di atas, anda boleh memahami bahawa terma ‘steroid’ yang selalu kita gunakan itu sebenarnya kurang tepat, kerana ianya hanya merangkumi hormon testosterone, tapi bukan GH dan insulin. Untuk menjadi lebih tepat, terma yang harus digunakan adalah ‘performance enhancing drugs’ (PED).

Testosterone booster? GH booster? Itu adalah suplemen yang entah berkesan, entah tidak. Silakan buat pembacaan mengenai produk-produk tersebut sebelum anda melabur untuk membelinya.

Untuk atlit yang menggunakan performance enhancing drugs (PED), penggunaan mereka boleh merangkumi satu jenis PED, atau kombinasi PED. Dalam konteks artikel ini, atlit binabadan yang menggunakan PED mempunyai tujuan untuk mengatasi had-had badan manusia dalam usaha membina otot. Amnya, nak meningkatkan potensi pembesaran otot atau potensi anabolic. Maka penggunaan anabolic steroid adalah meluas dalam sukan ini.

Bagaimana Nak Tahu Guna Anabolic Steroid Atau Tidak?

Terdapat satu kajian yang menjadi rujukan untuk membuat andaian berasas sama ada seseorang atlit bina badan menggunakan anabolic steroid atau tidak.

Abstrak kajian terebut adalah seperti berikut (saya tak mahu buat penterjemahan, kerana ianya agak sukar untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, sila buat pembacaan tambahan sekiranya kurang faham abstrak di bawah);

We calculated fat-free mass index (FFMI) in a sample of 157 male athletes, comprising 83 users of anabolic-androgenic steroids and 74 nonusers. FFMI is defined by the formula (fat-free body mass in kg) x (height in meters)-2. We then added a slight correction of 6.3 x (1.80 m – height) to normalize these values to the height of a 1.8-m man. The normalized FFMI values of athletes who had not used steroids extended up to a well-defined limit of 25.0. Similarly, a sample of 20 Mr. America winners from the presteroid era (1939-1959), for whom we estimated the normalized FFMI, had a mean FFMI of 25.4. By contrast, the FFMI of many of the steroid users in our sample easily exceeded 25.0, and that of some even exceeded 30. Thus, although these findings must be regarded as preliminary, it appears that FFMI may represent a useful initial measure to screen for possible steroid abuse, especially in athletic, medical, or forensic situations in which individuals may attempt to deny such behavior.

Pengkaji dalam kajian ini menggunakan fat free mass index (FFMI) untuk mengkaji perbezaan antara atlit yang menggunakan anabolic steroid dan atlit yang tidak menggunakannya. Para pengkaji ini walaubagaimanapun menyatakan yang FFMI ini masih di peringkat awal kajian namun ianya berpotensi untuk menjadi kaedah saringan awal untuk menentukan kebarangakalian penggunaan anabolic steroid.

Hasil keputusan dari kajian ini menggariskan had nilai tertinggi FFMI untuk seorang atlit binabadan yang tidak menggunakan anabolic steroid adalah 25 kg/m2. Perlu ditegaskan di sini, seseorang atlit dengan nilai FFMI melebihi 25 kg/m2  tidak semestinya menggunakan anabolic steroid, namun ianya adalah SANGAT JARANG sekali berlaku dalam populasi, dan seseorang itu mempunyai genetik yang sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat baik untuk sukan bina badan. Jadi, anda patut skeptikal sekiranya ada kawan yang FFMI nya melebihi 25 kg/m2  namun mengaku tidak menggunakan anabolic steroid J

Bagaimana Nak Kira FFMI

Formula untuk mengira FFMI adalah seperti berikut;

(Lean body mass / Height(m) squared) + 6.1 X (1.8 – Height)

Untuk mengira lean body mass, anda perlu tolak berat lemak daripada berat keseluruhan anda. Ini bermaksud anda perlu tahu peratusan lemak badan anda sebelum mengira lean body mass. Contoh; sekiranya peratusan lemak badan anda adalah 10%, dan berat anda adalah 100kg, maka lean body mass anda adalah 90kg.

Kalau malas nak mengira secara manual, sila guna kalkulator di link ini dan pilih sistem Metric untuk buat pengiraan.

Gruber et al. (2000) mencadangkan klasifikasi berikut untuk bacaan FFMI.

Men (FFMI)

18 – slight build with low musculature
20 – average musculature
22 – distinctly muscular
>22 – not normally achieved without weight training
25 – the upper limit of muscularity without pharmacological agents (e.g., anabolic steroids)

Women (FFMI)

13 – low musculature
15 – average musculature
17 – distinctly muscular
22 – not typically achieved without pharmacological agents (e.g., anabolic steroids)

 

Aplikasi Praktikal

  • FFMI yang lebih dari 25 adalah amat sukar untuk dijumpai di kalangan atlit yang tidak menggunakan anabolic steroid.
  • FFMI bukan indikator ‘pasti’ untuk mengenalpasti penggunaan anabolic steroid. Ia adalah pengiraan untuk membuat andaian berasas (bukan sekadar tuduh/fitnah).

Hanya anda tahu secara absolute sama ada anda menggunakan anabolic steroid atau tidak. Kami di VI Fitness sama sekali tidak menyokong penyalahgunaan anabolic steroid kerana kami berpegang pada prinsip untuk berlatih secara natural, dan priotiti adalah untuk mempunyai kesihatan yang baik, bukan semata-mata fizikal yang mengagumkan. Kami percaya badan yang cantik akan datang secara ‘pakej’ bersama-sama kesihatan yang baik!

Jadi, anda dah tahu FFMI anda?

Eh. Anda pun guna anabolic steroid ke?

Sumber

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *