Fakta-fakta Weight Training Belt.

weightraining-belt

weightraining-belt
Otot abdomen anda ialah belt semulajadi anda!

Tujuan utama weight training belt dipakai masa training ialah untuk performance, bukan safety!

Jom kita establish beberapa fakta mengenai intra-abdominal pressure (IAP) dan teknik bracing yang betul sebelum kita bincang pasal bagaimana weight training belt boleh digunakan secara efektif;

  • Tulang belakang distabilkan melalui 2 mekanisme utama iaitu otot-otot di bahagian ‘core’ yang melakukan isometric contraction dan intraabdominal pressure yang meningkat.
  • Teknik bracing yang betul memerlukan seseorang untuk menggunakan otot-otot ‘core’ tersebut termasuklah otot diaphragm, abs, pelvic floor dan otot-otot belakang.
  • Untuk membolehkan kita gunakan otot diaphragm dengan betul, kita perlu tahu cara bernafas dengan betul. Sila google Valsalva manoeuvre.

Sekiranya tulang belakang telah distabilkan selepas menggunakan teknik breathing/bracing yang betul, maka safety BUKAN LAGI ISU.

Weight training belt digunakan sebagai alat untuk meninggikan lagi intra-abdominal pressure (IAP) dan seterusnya membantu menstabilkan tulang belakang ketika mengangkat beban, SETELAH TEKNIK BREATHING DAN BRACING YANG BETUL DIAPLIKASIKAN.

Antara kesan yang telah terbukti apabila menggunakan weight training belt;

  1. IAP boleh menjadi 15-40% lebih tinggi.
  2. Spinal shrinkage kurang 25-50% (Tapi data semasa tak membolehkan kita kata ianya terbukti mengurangkan spinal compression).
  3. Kelajuan bar bergerak ketika mengangkat berat meningkat 6-15%.

Sekiranya seseorang menggunakan belt, tapi tidak menggunakan teknik breathing and bracing yang baik, risiko kecederaan tulang belakang sama je. Sebagai contoh, pakai weight training belt masa deadlift, tapi tulang belakang bahagian lumbar membengkok seperti kucing marah, maka risiko untuk cedera tetap sama. Baik tak payah pakai, dan lebih baik belajar teknik yang betul dulu.

Kalau mahu performance, silalah guna teknik yang baik dan tingkatkan performance dengan gunakan weight training belt. BELT BUKAN UNTUK SAFETY YA!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *